TARIAN TRADISIONAL KAUM MELAYU
Tarian mak yong merupakan sejenis tarian Melayu tradisional. Drama tari Mak Yong ini merupakan sebagai suatu bentuk drama-tari Melayu yang menggabungkan unsur-unsur ritual, lakonan dan tarian yang digayakan, muzik vokal, lagu, cerita dan teks percakapan yang formal dan bersahaja. Dicipta untuk hiburan kerabat di Raja khususnya dari golongan Selatan Thailand, tarian ini juga menggabungkan drama romantis, tarian dan nyayian dengan gaya menawan yang mengisahkan zaman kegemilangan kesultanan melayu. Sesuai dipersembahkan selepas orang-orang kampung selesai menuai padi dibendang.
TARIAN ZAPIN JOHOR
Tarian Zapin ini dipercayai berasal dari Tanah Arab yang gerakannya adalah cepat dan tidak banyak gerakan bunga tarinya. Tarian ini popular pada tahun lima puluhan (50an) dan enam puluhan (60an). Tarian Zapin Johor dikenali dalam dua bentuk iaitu Zapin Melayu dan Zapin Arab. Kedua-dua tarian ini memperlihatkan perbezaaan dari segi unsur peradaptasiannya. Secara realitinya, kedua-dua genre zapin itu berasal daripada satu keseniaan masyarakat Arab yang dibawa dari Hadramaut.
TARIAN ULEK MAYANG
Tarian ulik mayang merupakan tarian yang mengandungi unsur. pemujaan. Ulek mayang ialah tarian keasyikan keagamaan pra Islam diiringi oleh nyanyian dan muzik di Terengganu, berasal dari sebuah pulau berdekatan tidak dikenali di mana orkestra Melayu, mengandungi gendang, gong, biola dan accordion dan sebagainya. Ulit atau ulek merujuk kepada berdondang atau mengulit-ngulit yang membawa makna menyeru-nyeru dengan nama memujuk-mujuk supaya kembali semula dan datang semula merujuk kepada makhluk halus . Biasanya persembahan ini berlansung pada waktu malam apabila tiba musim puja pantai. Selain itu, Ulik Mayang turut ditarikan oleh 10 hingga 15 orang penari.
Tarian ulik mayang merupakan tarian yang mengandungi unsur. pemujaan. Ulek mayang ialah tarian keasyikan keagamaan pra Islam diiringi oleh nyanyian dan muzik di Terengganu, berasal dari sebuah pulau berdekatan tidak dikenali di mana orkestra Melayu, mengandungi gendang, gong, biola dan accordion dan sebagainya. Ulit atau ulek merujuk kepada berdondang atau mengulit-ngulit yang membawa makna menyeru-nyeru dengan nama memujuk-mujuk supaya kembali semula dan datang semula merujuk kepada makhluk halus . Biasanya persembahan ini berlansung pada waktu malam apabila tiba musim puja pantai. Selain itu, Ulik Mayang turut ditarikan oleh 10 hingga 15 orang penari.
TARIAN MAK INANG
Tarian Mak Inang dicipta semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka. Tarian ini amat terkenal pada masa dahulu sebagaimana ianya terkenal pada hari ini. Tajuk lagu Mak Inang yang mengiringi tarian ini telah dititahkan ciptaannya oleh Sultan Mahmud Shah yang sangat gemarkan kesenian.
Arahan ini telah dikeluarkan oleh Sultan kepada ketua inang atau ketua dayang untuk diajar kepada para dayang bagi dipersembahkan kepada Sultan semasa majlis keramaian.Lagu dan tarian ini sungguh mempersonakan dan mempunyai kualiti persembahan istana.Tarian ini juga dipanggil sebagai Tarian Si Kembang Cina.
TARIAN TRADISIONAL KAUM CINA
TARIAN KIPAS
TARIAN SINGA
Rakyat bermain singa semasa perayaan Tahun Baru untuk menambah keseronokan.Adat Tarian Singa ini telah berusia seribu tahun.Di China, Tarian Singa boleh dibahagikan kepada dua bentuk: Singa Utara dan Singa Selatan. Bentuk, corak, warna dan banyak lagi adalah berbeza antara Singa Utara dengan Singa Selatan.Menurut legenda, pada awal Dinasti Ming di Guangdong, telah muncul seekor raksasa setiap kali tahun baru, yang akan keluar lalu merosakkan tanaman, memudaratkan manusia dan haiwan.Penduduk tempatan sangat takutkannya kemudian, ada seseorang telah mencadangkan cara Tarian Singa untuk menakutkan raksasa itu.Akhirnya, raksasa tersebut ketakutan lalu melarikan diri dari kawasan kediaman penduduk tempatan.Oleh itu, penduduk percaya bahawa singa mempunyai kuasa ajaib dan boleh membawa nasib baik.Selepas itu, setiap kali Tahun Baru menjelma, rakyat akan bermain Tarian Singa untuk meraikan Tahun Baru Cina.
Pada zaman kuno, rakyat berfikir naga boleh mengurniakan air hujan, maka rakyat sentiasa berdoa kepada naga supaya menurunkan air hujan ketika musim kemarau.Ia kemudiannya menjadi aktiviti budaya dan rekreasi. Di samping itu, bangsa Cina sangat memuja naga sebagai simbol tuah.Untuk Dinasti Tang dan Song, tarian naga telah menjadi aktiviti semasa perayaan penting.Pada perayaan Tahun Baru Cina, kawasan bandar dan luar bandar di China telah ada adat bermain Tarian Naga.Selepas beribu-ribu tahun, Tarian Naga telah menjadi tarian yang istimewa. Rakyat bukan sahaja berdoa untuk mendapat hujan dan hasil tuaian yang baik, tetapi juga mewujudkan suasana perayaan yang meriah dan menyampaikan perasaan gembira.Selepas hiasan, naga akan mempunyai nilai seni yang tinggi menggunakan jalur buluh ditenun silinder untuk membentuk sangkar, kemudian dipakaikan pakaian membentuk naga yang cantik.Orang ramai menyalakan lilin atau lampu minyak dalam sangkar naga, kemudian menunjukkan Tarian Naga pada waktu malam yang sangat menarik.
Tarian ini diilhamkan daripada lukisan dinding yang terdapat di Wilayah Don Huang di Negeri China. Ia memaparkan sekumpulan kanak-kanak bermain di tepi sebuah kolam
teratai yang merupakan identiti kebudayaan Cina. Penari mempersembahkan dalam suasana riang ria seperti di zaman dahulu.
TARIAN TRADISIONAL KAUM INDIA
Tarian Bharata Natyam
Tarian klassik Bharata Natyam merupakan salah satu tarian yang penuh dengan tradisi, yang mana untuk menguasainya perlu mengambil masa bertahun-tahun kerana terdapat pelbagai gerakan tangan, kaki dan mata yang harus dipelajari demi untuk mempersembahkan tarian warisan lama yang dihormati ini secara lengkap, penuh dengan kegemilangan.
Tarian klassik Bharata Natyam merupakan salah satu tarian yang penuh dengan tradisi, yang mana untuk menguasainya perlu mengambil masa bertahun-tahun kerana terdapat pelbagai gerakan tangan, kaki dan mata yang harus dipelajari demi untuk mempersembahkan tarian warisan lama yang dihormati ini secara lengkap, penuh dengan kegemilangan.
Tarian Odissi
Tarian ini berasal dari negeri Odisha di bahagian timur India. Berlandaskan bukti arkeologi, tarian ini merupakan bentuk tarian yang masih kekal yang tertua di India.Treatis klasik tentang tarian India, Natya Shastra, merujuk kepadanya sebagai Odra-Magadhi. Timbulan bes abad pertama SM yang terdapat di bukit-bakau Udaygiri (berhampiran Bhubaneswar) menjadi bukti kepurbaan bentuk tarian ini. Tarian ini disekat dalam zaman Raj British akan tetapi sudah dipulihkan semenjak kemerdekaan India.
Tarian yang berasal dari Kerala (India Selatan). Tarian ini merupakan drama musikal yang bermakna permainan cerita dan ditarikan untuk menggambarkan kemenangan kebenaran atas kesalahan. Para penari Kathakali menggunakan riasan wajah serta kostum tarian yang berwarna meriah. Ini melambangkan bahwa karakter-karakter yang dimainkan merupakan mahkluk dari dunia lain. Riasan wajah-wajah penari dapat dibedakan sebagai satvik (rupa dewa), rajasik (rupa ksatria), dan tamasik (rupa setan).Tema tari Kathakali berasal dari cerita klasik Ramayana, Mahabharata dan berbagai kisah legenda dan mitologi Hindu.
TARIAN TRADISIONAL KAUM DI SARAWAK
Tarian Ngajat
Sangat popular dalam kalangan Orang Ulu di Sarawak. Ngajat bagi orang-orang Iban adalah tarian yang melatih orang-orang Iban berperang. Penari-penari akan memakai kain merah yang yang diikat pada bahagian pinggang hingga ke paras lutut. Penari juga memakai topi yang dihias dengan bulu-bulu burung. Di tubuhnya dipakaikan sejenis baju yang dibuat dari bulu-bulu burung tetapi tidak dijahit kiri dan kanannya.
Tarian Koncong
Ditarikan dengan tujuan mengubat si sakit dan kedua untuk menghibur si malang. Tarian ini ditarikan oleh tiga orang penari wanita dengan iringan nyanyian seorang atau dua orang lelaki. Mereka menari dalam bulatan dan di sebelah tangan kanannya memegang sapu tangan dalam gerakan seolah-olah menyerupai burung terbang.
Tarian Datun Julud
Ditarikan secara berseorangan atau berkumpulan. Ia merupakan tari bersama suku kaum Dayak Kenyah yang tinggal di Bulungan, Kutai, Berau dan Pasir iaitu kawasan persempadanan antara Sarawak dan Kalimantan Timur. Alat muzik utama yang mengiringi tarian ini ialah Sape. Dalam tarian ini bulu-bulu burung dilekatkan di celah jari kedua-dua belah tangan penari sebagai perhiasan. Gerakan langkah yang menghentakkan kaki ke kiri dan ke kanan di ulang-ulang sambil menyanyi dan bertepuk tangan.
TARIAN TRADISIONAL KAUM DI SABAH
Liliput
Liliput merupakan tarian bagi etnik Bisaya di daerah Beaufort. Liliput ditarikan secara berpusing-pusing. Tarian ini biasanya ditarikan semasa upacara menghalau roh jahat daripada badan seseorang dan mengembalikan semangatnya. Upacara ini hanya akan ditamatkan setelah semangat orang itu kembali ke badannya.
Mogunatip
Mogunatip adalah tarian yang dipersembahkan oleh kaum asli dari pedalaman Sabah termasuk kaum Kadazandusun dari Tambunan, Kwijau Dusun dari Keningau dan beberapa kumpulan daripada suku kaum Murut. Mogunatip diambil daripada perkataan "atip" yang bermaksud menekan antara dua permukaan. Penari mogunatip memerlukan kemahiran dan ketangkasan yang baik untuk menari melintasi buluh yang dipukul serentak untuk menghasilkan bunyi dan irama tarian tersebut. Tarian ini merupakan tarian yang dipersembahkan semasa upacara-upacara yang tertentu untuk menghormati tetamu.
Sumazau Penampang
Sumazau Penampang adalah tarian tradisional suku kaum Kadazandusun. Tarian ini biasanya dipersembahkan semasa perayaan dan juga upacara pemujaan semangat padi ( Bambaazon ).Penari mempersembahkan tarian mereka secara berpasangan. Kedua-dua penari lelaki dan perempuan mula menari dengan irama yang lembut dan perlahan mengikut paluan gong. Dengan ' pangkis ' dari penari lelaki biasanya, ini menandakan pertukaran corak tarian akan dilakukan. ' Pangkis ' dari penari lelaki ini akan lebih memeriahkan lagi suasana tarian ini.Pakaian yang dipakai oleh penari ini ialah pakaian serba hitam dengan jalur kuning emas. Penari perempuan memakai ' tangkong ', ' tinggot ', dan ' Himpogot '. Penari lelaki pula memakai ' sigar ' di kepala. Tarian ini biasanya diiringi oleh paluan gong atau pun ' togunggu '.

















No comments:
Post a Comment